Friday, November 30, 2012

Tuban menyeru Rakyatnya memeluk agama Nasranii dan penghakiman mereka dihadapan Api Yaman(6)

Setelah itu,Tuban pulang ke Yaman berssama pasukannya serta dua rahib Yahudi tersebut.Setibanya di Yaman Tuban mengajak penduduknya memeluk agamanya,tetapi mereka enggan sehinggalah mereka membicarakan persoalan tersebut kepada api yang terdapat di Yaman.
Ibnu Ishaq berkata;"Abu Malik bin Tha'labah bin Abu Malik al-Qurazi berkata bahawa aku mendengar Ibrahim bin Muhammad Talhah bin Ubaidillah berkata:
"Sesungguhnya ketika Tuban menghampiri Yaman,orang Himyar melarangnya memasuki Yaman.Mereka berkata:"Janganlah engkau masuk kerana engkau telah meninggalkan agama kami."Tuban menyeru orang Himyar kepada agamanya seraya berkata kepada mereka;"Agama ku lebih baik daripada agama kalian."Mereka berkata;"Baiklah" Ibnu Ishaq berkata lagi:Menurut kepercayaan penduduk Yaman,di Yaman terdapat api yang menjadi hakim dalam semua persoalan mereka;ia akan membakar orang yang zalim dan tidak membahayakan orang yang dizalimi.

Orang Yaman pun keluar dari rumah masing-masing dengan membawa berhala-berhala dan segala peralatan dalam agama mereka,manakala dua rahib Yahudi pula membawa dua Mushaf yang tergantung dileher mereka.Mereka duduk ditempat punca api keluar,maka api pun menyala keluar.
Tatkala api marak kearah mereka berdua,mereka mengelakkan diri dan meniupkannya,Para hadirin menguatkan semangat mereka dan menyuruh mereka bersabar.Mereka tetap bersabar sehingga api mengelilingi mereka lalu menjilat berhala-berhala dan segala peralatan ibadah orang Himyar serta apa yang dibawa oleh mereka.Dua rahib Yahudi tersebut keluar dengan dua Mushaf dileher sambil dahi mereka dibasahi keringat sedangkan api sedikitpun tidak memudaratkan mereka.Melihat kejadian itu,orang Himyar terus memeluk agama dua rahib Yahudi tersebut.Sejak itulah dan kerana kejadian tersebutlah maka bertapaknya agama Yahudi di Yaman.

PENGHANCURAN RUMAH BERHALA RIAM
Ibnu Ishaq berkata; "Riam adalah rumah berhala-berhala penduduk Yaman yang sering mereka agung-agungkan.Mereka menyembelih haiwan korban disisinya dan berbicara berdasarkan petunjuk rumah tersebut ketika mereka masih dalam keadaan syirik.
Dua rahib Yahudi berkata kepada Tubba; "Sesungguhnya syaitan menyesatkan mereka dengan rumah berhala tersebut.Justeru itu jauhkan lah kami daripadanya."Tubba berkata:"Terserah pendapatmu terhadap rumah tersebut!" Menurut penduduk Yaman dua rahib Yahudi tersebut meminta Tubba' mengeluarkan anjing hitam lalu mereka menyembelihnya.Kemudian mereka berdua menghancurkan rumah berhala tersebut.Menurut maklumat yang disampaikan kepadaku (Ibnu Ishaq) pada hari ini,saki-baki runtuhan rumah berhala tersebut masih terdapat kesan darah yang pernah ditumpahkan disitu dahulu.

Tuban (5)

Kemudian beliau menghampiri kumpulan orang Huzail tersebut lalu memotong tangan dan kaki mereka.Setelah itu beliau meneruskan perjalananannya hingga ke Mekah.Beliau melakukan tawaf sekeliling Baitullah ,menyembelih haiwan korban disisinya ,mencukur rambut dan bermukim disana selama 6 hari,ia menurut dakwaan  kebanyakan orang.
Tubba' (Ttuban) menyembelih haiwan korban kemudian membahagi-bahagi kan nya kepada orang ramai ,beliau memberi makan penduduk Mekah  dan memberi mereka meminum madu . Tubba ' (Tuban ) bermimpi  dalam tidurnya mendapat perintah untuk menutup Baitullah.kemudian beliau menutupnya dengan kain kasar.Beliau bermimpi lagi agar menutupi Baitullah dengan kain yang lebih baik,kemudian beliau menutupinya dengan kain al-Ma'afir (sejenis kain dari Yaman).

Beliau bermimpi lagi agar menutupi dengan kain yang lebih bagus daripada itu,kemudian beliau menutupinya dengan kain yang paling mahal iaitu kain al-Mula' dan al- Washail .Menurut dakwaan kebanyakan orang ketika itu ,Tubba (Tuban) merupakan orang yang pertama sekali menutup Baitullah dan mewasiatkannya juga kepada para gabenornya  dari orang Jurhum.Beliau memerintahkan mereka membersihkan Baitullah ; dari segala jenis darah,bangkai dan darah haid tidak boleh didekatkan kepadanya.Beliau membuatkan pintu dan kunci untuk Baitullah.

Subai'ah binti al-Ahab bin Zabinah bin Jazimah bin Aid bin Nashr bin Muawiyah bin Bakar bin Hawazin bin Mansur bin Ikrimah bin Khashafah bin Qais bin Ailan,isteri Abdu Manaf bin Kaab bi Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luaiy dan Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhar bin Kinanah berkata kepada anaknya Khalid agar mengagungkan kesucian Mekah,melarang daripada memberi gangguan disitu,dan mengingatkan kerendahan diri Tubba'(Tuban) terhadap Baitullah dan apa yang dilakukannya selama berada disitu.

Tuesday, November 27, 2012

Tuban memeluk agama Nasrani serta penghormatannya keatas Baitullah (4)

Ibnu Ishaq berkata:"Tubba (Tuban) dan kaumnya adalah penyembah berhala.Beliau menuju ke Mekah dalam perjalanan pulang ke Yaman diantara Usfan dan Amaj,beliau didatang sekumpulan orang dari Huzail bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad.Mereka berkata kepadanya:"Wahai Raja!Mahukah tuanku kami beritahu tentang rumah penyimpanan khazanah harta yang disembunyikan oleh Raja-raja sebelum Tuanku?"Didalamnya terdapat permata,zabarjad,intan berlian,emas dan perak?" Tubba(Tuban) berkata;"Ya saya mahu."Mereka berkata;"Iaitu rumah di Mekah yang disembah penduduknya dan mereka shalat disisinya."
Orang Huzail ingin membinasakan Tuban dengan cara demikian kerana mereka tahu sesiapa saja yang cuba merosakkan Baitullah akan binasa.

Mereka telah bersedia untuk menuruti saranan orang Huzail,Tubba pun mengutuskan seseorang pergi menemui dua rahib Yahudi itu untuk menanyakan perkara tersebut.Kedua-dua rahib yahudi itu berkata kepada Tubba'(Tuban) Orang Huzail ingin membinasakan diri serta pasukanmu.Kami tidak tahu adanya rumah selain Baitullah dimuka bumi ini yang khusus dijadikan Allah sebagai rumahnya.Sekiranya engkau menuruti dakwaan mereka nescaya engkau dan orang-orang mu akan binasa. Tubba'(Tuban) berkata kepada kedua rahib itu;"Kalau begitu,apakah yang kalian berdua perintahkan kepadaku apabila aku tiba di Mekah?Mereka berkata;"Lakukan lah sebagaimana yang dilakukan oleh penduduknya.Engkau tawaf disisi Baitullah mengagungkannya,memuliakannya,mencukur rambut dan merendahkan diri disisinya sehingga engkau keluar dari situ.."Tubba(Tuban) berkata:"Apa yang mendorong kalian berdua melarangku  menuruti saranan orang Huzail?"

Mereka berdua berkata;Sesungguhnya ia adalah rumah ayah kami Ibrahim dan ia adalah sebagaimana yang pernah kami jelaskan kepadamu.
Namun penduduknya memisahkan kamu daripadanya dengan meletakkan berhala disekelilingnya dan darah yang mereka tumpahkan disisinya.Mereka orang kotor dan orang yang berbuat syirik...."atau sebagaimana yang diperkatakan oleh kedua-duanya,Tubba(Tuban) memahami nasihat dua rahib tersebut serta kejujuran mereka.

Monday, November 26, 2012

Tuban membatalkan Rancangan memusnahkan Madinah (3)

Ketika Tuban telah sedia untuk memerangi penduduk Madinah,tiba-tiba dua orang rahib Yahudi Bani Quraizah datang menemuinya (Quraizah,an Nazir, an-Najjam dan Amru,iaitu yang dikenali sebagai Hadal adalah anak -anak al -Khazraj bin as-Sharih bin at-Tau'aman bin as-sabt bin al-Yasa' bin Saad  bin lawai bin Khair bin an-Najjam bin Tanhum bin Azir bin Azra bin Harun bin Imran bin Yashur bin Qahith bin lawi bin Yaqub yang tidak lain adalah Israil bin Ishaq bin Ibrahim Khalilurrahman.
Kedua-dua orang rahib Yahudi tersebut merupakan orang alim yang tinggi ilmunya.Mereka datang menemui Tuban setelah mendengar rancangan Tuban untuk memusnahkan Madinah serta penduduknya.Mereka berkata kepada Tuban:" wahai Raja! Janganlah engkau berbuat demikian.Sekiranya engkau meneruskan juga rancangan mu itu nescaya hubungan mu dengan Madinah terputus dan kami khuatir engkau menerima hukuman dalam waktu terdekat."
Tuban berkata kepada mereka;"kenapa kah begitu?" Mereka berdua berkata ; "kerana Madinah kelak akan menjadi tempat penghijrahan seorang nabi yang muncul dari tanah haram(Mekah) dari kalangan kaum Quraisy pada akhir zaman.Madinah itu kelak akan menjadi dan tempat kediamannya."
Tuban pun membatalkan rancangannya untuk memusnahkan Madinah dan beliau berpendapat bahawa dua orang rahib yahudi tersebut benar-benar berilmu.Beliau telah tertarik mendengar penjelasan mereka berdua lalu beliau pun meninggalkan Madinah dan turut memeluk agama mereka.

Labels:

SEBAB TUBAN MEMERANGI PENDUDUK MADINAH (2)

Ibnu Hisyam berkata;'Seorang lelaki dari Bani Adiy bin an-Najjar yang bernama Ahmar telah menganiaya seorang lelaki dari kalangan sahabat Tuban ketika dia datang berkunjung ke Madinah.Dia telah dibunuh oleh Ahmar,kejadian ini berlaku lantaran Ahmar mendapatinya sedang berada diatas tandan kurma miliknya dan sedang memotongnya.Ahmar lantas menetaknya dengan sabit sehingga mati.Ahmar berkata;"kurma ini adalah milik orang yang menjaganya."
Peristiwa pembunuhan sahabatnya menambah rasa geram Tuban terhadap penduduk Madinah.Beliau berkata;"Bunuhlah mereka semua!"Orang Ansar mendakwa bahawa mereka berperang menentang Tuban pada siang hari dan menjamunya pula sebagai tetamu pada malam hari.Kerana layanan mereka itu.Tuban merasa kagum.Beliau berkata;"Demi Allah! Sesungguhnya kaum kami adalah orang mulia.

Labels:

Sunday, November 25, 2012

Tuban Asad Abu Karib

Ibnu Ishaq berkata;ketika Rabiah bin Nashr meninggal dunia,seluruh pemerintahan Yaman berpindah ketangan Hassan bin Tuban Asad Abu Karib,Tuban As'ad adalah Tubba'al-Akhiru bin kuli Karib bin Zaid.
Zaid pula adalah Tubba' al- Awwal bin Amru Zu ' al Az'ar bin Abrahah Zu'al-Manar bin ar-Risy bin Adiybin Shaifi bin Saba'al Ashghar bin Kaab Kahfi az-Zulmi bin Zaidbin Sahl bin Amru bin Qais binMuawiyah bin Jasym bin Abdu Syams bin Wail bin al- Ghauth bin Qatan bin Arib bin Zuhair bin Aiman bin al-Hamaisa' bin al- Aranjaj. Al-Aranjaj ialah Himyar bin Saba'al-Akbar bin Ya'rub bin Yasyjub bin Qahtan,'

Ibnu Hisyam pula berkata;'Yasyjub adalah anak Ya'rub bib Qahtan.'

Secebis Kisah Tuban;
Ibnu Ishaq berkata;Tuhan A'sad Abu Karib datang ke Madinah.Beliau telah membawa dua rahib Yahudi Madinah ke Yaman,memakmurkan Baitullah al-Haram dan memakaikannya kelambu.
Raja Yaman sebelumnya adalah Raja Rabiah bin Nashr.

Kemarahan Tuban Terhadap penduduk Madinah dan Sebabnya;
Ibnu Ishaq berkata;Tuban telah merentasi jalannya sewaktu bertolak ,dari sebelah timur menuju ke Madinah .Beliau pernah melintasi Madinah pada mula perjalannya sebelum itu tanpa membunuh seorang pun penduduknya.Beliau juga telah melantik anak lelaki sebagai pemimpin mereka tetapi beliau telah dibunuh secara zalim.
Lantaran itu tuban telah datang semula ke Madinah dan menghadapi penduduknya dan memusnahkan pokok kurma mereka.Untuk menghadapi tentangan Tuban ,Al-Ansar bersatu dibawah pimpinan merekaAmru bin Tallah,saudara Bani an-Najjar dan salah seorang dari bani Amru bin Mabzul.Nama penuhMabzul adalah Amir bin Malik bin An-Najjar.Nama penuh an-Najjar adalahTaimullah bin Thalabah bin Amru bin al-Khazraj bin Harithah bin Thalabah bin Amru bin Amir.

Nasab Amru bin Tallah;
Ibnu Hasyim berkata;'Amru bin Tallah adalah Amru bin Muawiyah bin Amru bin Amir bin Malik bin an-Najjar.Tallah adalah ibu Amru,iaitu puteri Amir bin Zuraiq bin Abdu Harithah bin Malik bin Ghadb bin  Jusyam bin al-Khazraj.

Labels:

ASAL USUL ORANG ARAB

Ibnu Hisyam berkata:seluruh orang Arab berasal dari anak -anak nabi Ismail dan Qahtan.Sebahagian penduduk Yaman berkata:"Qahtan adalah anak nabi Ismail dan nabi Ismail adalah bapa seluruh orang Arab."
Ibnu Ishaq berkata ;"Ad adalah anak Aush bin Iram bin Sam bin Nuh.Thamud dan Jadis adalah anak Abir bin  Iram bin Sam bin Nuh.
Tasm,Imlaq,Umaim adalah anak -anak Lawiz bin Sam bin Nuh,kesemuanya adalah Arab.

Nabit bin Ismail mempunyai anak yang bernama Yasyjub bin Nabit,Yasyjubbin Nabit pula mempunyai anak yang bernama Ya'rub bin Yasyjub,Ya'rub bin Yasjub pula mempunyai anak yang bernamaYirah bin Ya'rub,Tirah bin Ya'rub pula mempunyai anak yang bernamaNahur bin Tirah.
Nahur bin Tirah pula mempunyai anak yang bernamaMuqqawim bin Nahur,Muqqawim bin Nahur pula mempunyai anak yang bernama Udad bin Muqqawim,Adad bin Muqqawim pula mempunyai anak yang bernama Adnan bin Udad."

"Ibnu Hisyam berkata;Ada yang mengatakan Adnan bin Ud."
Anak-anak Adnan;
Ibnu Ishaq berkata;'Daripada Adnan,anak-anak Ismail bin Ibrahim berpecah-pecah dan berpindah randah,kepada berbagai kabilah.
Adnan mempunyai dua anak lelaki,iaitu Maad bin Adnan dan Akka bin Adnan...



Labels: