Thursday, December 6, 2012

PERLANTIKAN SEBAGAI RAJA,LATAR BELAKANG DAN PEMBUNUHAN LAKHNI'AH (10)

Seorang lelaki Himyar yang tidak berasal dari keluarga istana bernama Lakhni'ah Yanof Zu Syanatir telah membunuh berberapa tokoh Himyar dan menodai kehormatan keluarga istana.

Lakhni'ah seorang fasik yang gemar melakukan hubungan seksual seperti kaum Nabi Lut. Beliau seringkali mendatangi remaja dari kalangan anak-anak Raja untuk melakukan hubungan homoseksual dengan mereka di ruang khas tetamu(disebuah bilik di bahagian atas)supaya remaja-remaja istana tersebut tidak boleh diangkat menjadi Raja sesudah itu.Dari ruang khas tersebut,beliau melihat kearah para pengawal atau mengawasi kedatangan tenteranya.Beliau meletakkan alat pemberus gigi pada mulut remaja tersebut sebagai tanda bahawa beliau telah selesai melakukan hubungan homoseksual dengannya.
           Pada suatu ketika,Lakhni'ah mengutus seseorang untuk membawa Zur'ah Zu Nuwas bin Tuban As'ad ,saudara Hassan kepadanya.Zur'ah masih kanak-kanak ketika Hassan dibunuh.Setelah itu dia meningkat dewasa menjadi seorang remaja tampan dan segak,berpewatakan menarik dan cerdas.Ketika utusan Lakhi'ah tiba dikediamnya,beliau mengerti maksud yang diinginkan oleh Lakhni'ah lantas beliau mengambil sebilah pisau kecil yang tajam lalu menyembunyikannya dibawah kasut.
          Kemudian beliau pergi menemui Lakhni'ah .Ketika berdua-duaan Lakhni'ah pun terus menindih Zur'ah maka dengan pantas Zur'ah Zu Nuwas menindihnya pula lalu menikamnya sehingga mati.Setelah itu beliau penggal kepala Lakhni'ah lalu diletakkannya pada lubang dinding.Beliau mengambil berus gigi dan meletakkannya pada mulutnya kemudian keluar menemui orang ramai.
          Ibnu Hisyam berkata;"Orang ramai terus melihat kearah lubang dinding,ternyata mereka melihat kepala Lakni'ah telah dipenggal.Kemudian mereka pun keluar untuk menjejaki Zu Nuwas sehingga berjaya mengejarnya.Mereka berkata kepadanya;"Tiada layak menjadi raja kami kecuali engkau kerana engkau telah berjaya menjauhkan kami dari si celaka(Lakhni'ah)".

 Raja Zu Nuwas
          Setelah itu,orang Himyar mengangkat Zur'ah Zu Nuwas sebagai Raja.Orang Himyar dan kabilah-kabilah Yaman bersatu dibawah kepimpinannya.Zu Nuwas adalah Raja terakhir orang Himyar dan dialah pelaku kes pembunuhan didalam parit(Ashabul Ukhdud).
Beliau menamakan dirinya Yusuf dan menjadi Raja selama beberapa tahun.

AGAMA NASRANI DI NAJRAN;
          Di Najran terdapat saki-baki pengikut agama Nabi Isa bin Maryam(a.s) yang tetap berpegang teguh dengan kitab Injil.Mereka adalah golongan yang dipandang mulia dan istiqamah dengan agama yang dianuti.
Mereka mempunyai pemimpin yang bernama Abdullah bin Ath-Thamir.Tempat asal agama tersebut adalah Najran kerana ia merupakan negeri Arab yang paling "Bersih" pada zaman itu.
          Penduduk Najran dan orang Arab pada mulanya adalah penyembah Berhala.Kemudian agama Nasrani masuk ke Najran disebabkan bahawa seorang lelaki dari saki-baki penganut agama Nasrani  yang bernama Faimiyun tinggal bersama mereka.Beliau telah menerapkan syariaat yang dibawanya sehingga mereka memeluk agamanya.

 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home