Sunday, December 2, 2012

RAJA HASSAN BIN TUBAN DAN PEMBUNUHAN YANG DILAKUKAN SAUDARANYA,AMRU (7)

Ketika anak Tubba',Hassan bin Tuban As'ad Abu Karib menjadi Raja,ia telah berjalan bersama orang Yaman untuk menguasai bumi Arab dan bukan Arab.Ketika mereka tiba disalah sebuah daerah di Iraq (Ibnu Hisyam berkata:lokasinya ialah di Bahrain sebagaimana disampaikan kepada ku oleh sebahagian ulama),maka orang Himyar dan para kabilah Yaman enggan meneruskan perjalanan bersama-samanya.Mereka ingin pulang semula ke negeri dan keluarga mereka.Mereka berbicara kepada saudara Hassan yang bernama Amru yang turut berada dalam pasukan.

       Mereka berkata kepada Amru;"Bunuhlah saudaramu Hassan nescaya kami mengangkatmua sebagai Raja kami,kemudian pulanglah bersama kami kenegeri asal."Amru menyetujuinya lalu mereka pun sepakat melaksanaka rancangan tersebut kecuali Zu Ruain- al Himyari.Beliau melarang Amru berbuat demikian namun saranannya tidak diterima oleh Amru.Lantaran itu Zu Ruain berkata;
       ketahuilah ,siapa yang mahu membeli jaga dengan tidur
       orang bahagia adalah orang yang dapat tidur dengan nyenyak
       Ada pun orang Himyar mereka telah berkhianat
       semoga Allah mengampuni Zu Ruain
Zu Ruain menulis bait syair diatas disecarik kertas dan mengesahkannya dengan cop ,kemudian memberikannya kepada Amru.Zu Ruain berkata kepada Amru ,"simpan tulisan ini ditempat mu!"Permintaan Zu Ruain dipenuhi Amru.
Setelah itu Amru membunuh saudaranya Hassan ,kemudian pulang ke Yaman beserta anak buahnya.

       PENYESALAN AMRU DAN KEMATIAN BELIAU
       Ibnu Ishaq berkata:"Ketika Amru bin Tuban As'ad tiba di Yaman ,beliau tidak dapat melelapkan mata dan sering berjaga malam.Tatkala beliau merasa semakin terseksa dengan situasi itu beliau meminta para tabib dan tukang tilik dari kalangan ahli nujum dan tabib yang mahir untuk mengubatinya .Salah seorang telah berkata kepadanya ;"Demi Allah !Tiada seorang pun yang membunuh saudaranya atau kaum keluarganya secara zalim sebagaimana yang engkau lakukan terhadap saudaramu,melainkan hilang rasa mengantuk dan sering berjaga malam.""Setelah perkataan tersebut disampaikan kepada Amru,beliau membunuh kesemua permuka-permuka Yaman yang telah menyarankannya membunuh saudaranya  Hassan.

       Kemudian beliau mencari penyelesaian kepada Zi Ruain,Zu Ruain berkata kepadanya:"Sesungguhnya aku pernah menitipkan sesuatu kepada mu".Amru berkata;"Apakah itu?Zu Ruain berkata;"Tulisan yang pernah aku berikan kepada mu ."Amru pun mengeluarkannya ternyata didalamnya terdapat dua bait syair.Setelah itu Zu Ruain meninggalkannya dan baru lah beliau sedar bahawa Zu Ruain pernah menasihatinya dahulu.Tidak lama kemudian Amru meninggal dunia ,persoalan orang Himyar pula bercampur aduk dan mereka menjadi berpuak-puak.
       

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home