Monday, November 26, 2012

Tuban membatalkan Rancangan memusnahkan Madinah (3)

Ketika Tuban telah sedia untuk memerangi penduduk Madinah,tiba-tiba dua orang rahib Yahudi Bani Quraizah datang menemuinya (Quraizah,an Nazir, an-Najjam dan Amru,iaitu yang dikenali sebagai Hadal adalah anak -anak al -Khazraj bin as-Sharih bin at-Tau'aman bin as-sabt bin al-Yasa' bin Saad  bin lawai bin Khair bin an-Najjam bin Tanhum bin Azir bin Azra bin Harun bin Imran bin Yashur bin Qahith bin lawi bin Yaqub yang tidak lain adalah Israil bin Ishaq bin Ibrahim Khalilurrahman.
Kedua-dua orang rahib Yahudi tersebut merupakan orang alim yang tinggi ilmunya.Mereka datang menemui Tuban setelah mendengar rancangan Tuban untuk memusnahkan Madinah serta penduduknya.Mereka berkata kepada Tuban:" wahai Raja! Janganlah engkau berbuat demikian.Sekiranya engkau meneruskan juga rancangan mu itu nescaya hubungan mu dengan Madinah terputus dan kami khuatir engkau menerima hukuman dalam waktu terdekat."
Tuban berkata kepada mereka;"kenapa kah begitu?" Mereka berdua berkata ; "kerana Madinah kelak akan menjadi tempat penghijrahan seorang nabi yang muncul dari tanah haram(Mekah) dari kalangan kaum Quraisy pada akhir zaman.Madinah itu kelak akan menjadi dan tempat kediamannya."
Tuban pun membatalkan rancangannya untuk memusnahkan Madinah dan beliau berpendapat bahawa dua orang rahib yahudi tersebut benar-benar berilmu.Beliau telah tertarik mendengar penjelasan mereka berdua lalu beliau pun meninggalkan Madinah dan turut memeluk agama mereka.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home