Wednesday, December 12, 2012

PERMULAAN TIMBUL AGAMA NASRANI DI NAJRAN(11)

Famiyun ,Shalih dan perkembangan Agama Nasrani di Najran

Ibnu Ishaq berkata,"Al-Mughirah bin Abu Lubaid bekas hamba al-Akhnas berkata kepada ku dari Wabb bin Munabbih al-Yamani yang berkata;

       "Sesungguhnya sebab bertapak nya agama Nasranik di Najran ialah bahawa terdapat seorang lelaki dari saki-baki pemeluk agama Isa bin Maryam yang bernama Famiyun.Beliau seorang yang shalih,rajin,zuhud dan doanya maqbul.Beliau juga merupakan seorang pengembara yang gemar singgah dibeberapa perkampungan.Beliau pergi dari satu kampung ke kampung yang lain tanpa dikenali identitinya oleh penduduk kampung tersebut.Beliau tidak makan kecuali dari hasil kerja tangannya sendiri dan beliau adalah seorang buruh binaan dan sangat menghormati hari ahad.Apabila tiba hari tersebut beliau tidak akan melakukan sebarang pekerjaan.Pada hari tersebut beliau pergi ketempat sunyi lalu shalat disana sehingga petang(p/s sjarah sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w.)

     "Ibnu Ishaq berkata lagi:Dalam sebuah kampung dinegeri Syam,Famiyun melakukan aktiviti ibadahnya secara sembunyi-sembunyi.Tanpa pengetahuannya,beliau telah diintip oleh seseorang lelaki penduduk kampung tersebut yang bernama Shalih.Shalih mencintai famiyun dengan perasaan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.Shalih sentiasa mengekori Famiyun kemana saja beliau pergi tanpa pengetahuannya.
     Maka pada suatu hari Ahad,Famiyun pergi ketempat sunyi untuk melakukan ibadah seperti biasa.Shalih mengekorinya  tanpa pengetahuannya lalu dia duduk ditempat persembunyian agar tidak diketahui Famiyun.Famiyun tidak suka tempat nya diketahui orang.Famiyun berdiri mendirikan Sholat maka sewaktu sedang sholat seekor naga besar berkepala tujuh datang ketempatnya.Apabila Famiyun melihatnya dia pun berdoa lantas naga tersebut mati serta merta.Shalih dapat menyaksikan namun dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada naga besar tersebut,dia khuatir naga tersebut menyerang Famiyun.
     Kesabarannya hilang lalu dia pun berteriak kuat;"wahai Famiyun,naga bersar datang ketempatmu!"Famiyun tidak menoleh kepadanya dan beliau meneruskan sholatnya hingga selesai.Apabila hari telah petang beliau pun beredar.
     Famiyun sedar dirinya telah dikenali.Shalih sendiri sedar bahawa Famiyun juga telah melihat tempatnya.Dia berkata kepada Famiyun:"Demi Allah wahai Famiyun!Engkau mengerti bahawa aku benar-benar mencintaimu.Aku ingin bersahabat dan berdampingan dengan mu dimana pun engkau berada,"Famiyun berkata;"Terserah kepadamu,keadaaan ku adalah sebagaimana yang engkau lihat.Sekiranya engkau sanggup melakukannya maka lakukan lah,"Setelah itu Shalih sentiasa bersama Famiyun.

     Hampir kesemua penduduk kampung tersebut telah mengetahui perihal Famiyun.Apabila seseorang ditimpa sakit.Famiyun akan mendoakannya maka orang tersebut pun sembuh dan apabila beliau dipanggil datang kerumah orang yang sakit,beliau enggan pergi.
     Diceritakan bahawa seorang lelaki dari warga kampung tersebut mempunyai seorang anak yang buta.Kemudian lelaki tersebut menanyakan perihal Famiyun lalu dikatakan kepadanya:"Famiyun tidak akan datang kepada orang yang mengundangnya,tetapi dia adalah seorang lelaki yang bekerja membuat rumah dengan menerima upah dari hasil kerjanya itu."Lelaki tersebut sengaja meletakkan anaknnya didalam sebuah bilik lalu menyelubunginya dengan kain.Setelah itu,dia datang menemui Famiyun lantas berkata berkata kepadanya;"Wahai Famiyun!Aku ingin engkau melakukan sesuatu pekerjaan dirumahku.Marilah ikut bersama kerumahku agar engkau dapat melihat pekerjaan yang perlu engkau lakukan,kemudian aku berikan upah atas pekerjaan mu itu>"Famiyun pun pergi bersama lelaki tersebut kerumahnya hingga masuk kebiliknya.
     Setelah itu Famiyun pun berkata:Pekerjaan apakah yang harus aku lakukan dirumahmu?" Lelaki tersebut berkata "ini dan itu,"kemudian dia membuka kain selubung anaknya lalu berkata:"Wahai Famiyun! Anakku adalah seorang daripada hamba-hamba Allah yang menderita sakit sebagaimana yang engkau lihat.Justeru itu,berdoalah kepada Allah untuk anak ku ini!"Famiyun lantas berdoa untuk anak tersebut dan anak tersebut terus berdiri seolah-olah tidak pernah sakit.
     
     Famiyun sedar bahawa dirinya sudah diketahui orang ramai,kemudian beliau keluar dari kampung tersebut bersama Shalih.Sewaktu Famiyun sedang berjalan disalah sebuah daerah di Syam,beliau melintasi pokok besar dan dari pokok besar itu beliau dipanggil oleh seorang lelaki.
Orang tersebut berkata,"Wahai Famiyun!"Famiyun menjawap;"Ya" Orang tersebut berkata:"Aku sentiasa menunggu kedatanganmu dan aku tidak bosan berkata:"Bilakah dia akan datang?"Sehingga ketika aku mendengar suaramu,maka aku tahu bahawa itu adalah suaramu.Jangan lah engkau tinggalkan tempat ini sehingga engkau selesai menguruskan aku kerana aku akan mati sebentar lagi."Selesai berkata demikian,orang tersebut pun meninggal dunia.
     Kemudian Famiyun menguruskan dan menguburkannya.Selesai itu beliau meninggalkan tempat tersebut ditemani Shalih,sehinggga mereka tiba disalah sebuah daerah Jazirah Arab.Setibanya didaerah tersebut,penduduk setempat menangkap mereka berdua,kemudian rombongan musafir dari penduduk setempat membawa mereka bersama lalu dijualnya di Najran.

     Penduduk Najran ketika itu memeluk agama orang Arab.Mereka menyembah pokok kurma tinggi yang ada ditempat mereka.
Pokok kurma tersebut mempunyai hari raya dalam setiap tahun,apabila hari raya tersebut tiba,orang Najran menggantungkan semua pakaian yang baik dan perhiasan wanita disitu.Mereka datang ke pokok kurma tersebut dan menetap disana sehingga beberapa hari.
Famiyun telah dibeli oleh salah seorang tokoh mereka dan Shalih pun dibeli oleh orang lain.
     Bagi Famiyun,setiap kali beliau menunaikan sholat tahajjud dirumah tuannya yang diberikan tuannya,rumah tersebut memancarkan cahaya hingga kepagi tanpa ada sebarang lampu.Kejadian ini disaksikan tuannya lalu dia pun merasa takjub.Dia bertanya kepada Famiyun mengenai agamanya lantas beliau pun menjelaskannya.Famiyun berkata kepada tuannya:"Sesungguhnya kalian berada dalam kebatilan.Pokok kurma tersebut sebenarnya tidak mampu memberikan mudarat dan manfaat,Seandainya aku berdoa kepada tuhan yang aku sembah nescaya Dia akan membinasakan pokok kurma tersebut.Dialah Allah yang tidak ada sekutu baginya" Tuannya pun berkata:"Lakukanlah"Sekiranya engkau dapat membuktikannya nescaya kami semua akan memelukk agamamu dan meninggalkan agama kami."Famiyun berdiri lalu bersuci dan Sholat sebanyak dua rakaat,sesudah itu,beliau pun berdoa kepada Allah agar menghancurkan pokok tersebut lalu Allah mengirimkan angin yang kencang,maka tercabutlah pokok kurma tersebut dari akarnya lalu tumbang serta merta.Setelah itu penduduk Najran pun memeluk agama Famiyun dan beliau sendiri menerapkan Syariat agama Nabi Isa bin Maryam(a.s)kepada mereka.
     Kemudian masuklah pula pada syariat mereka beberapa penyelewengan sebagaimana penyelewengan yang telah terjadi kepada penganutnya diseluruh tempat(timbul ajaran Triniti),kesimpulannya,dari sinilah agama Nasrani mula bertapak di Najran sehingga meluas dibumi Arab."
     Ibnu Ishaq berkata:"Ini adalah hadis Wahb bin Munabbih mengenai orang Najran."

Thursday, December 6, 2012

PERLANTIKAN SEBAGAI RAJA,LATAR BELAKANG DAN PEMBUNUHAN LAKHNI'AH (10)

Seorang lelaki Himyar yang tidak berasal dari keluarga istana bernama Lakhni'ah Yanof Zu Syanatir telah membunuh berberapa tokoh Himyar dan menodai kehormatan keluarga istana.

Lakhni'ah seorang fasik yang gemar melakukan hubungan seksual seperti kaum Nabi Lut. Beliau seringkali mendatangi remaja dari kalangan anak-anak Raja untuk melakukan hubungan homoseksual dengan mereka di ruang khas tetamu(disebuah bilik di bahagian atas)supaya remaja-remaja istana tersebut tidak boleh diangkat menjadi Raja sesudah itu.Dari ruang khas tersebut,beliau melihat kearah para pengawal atau mengawasi kedatangan tenteranya.Beliau meletakkan alat pemberus gigi pada mulut remaja tersebut sebagai tanda bahawa beliau telah selesai melakukan hubungan homoseksual dengannya.
           Pada suatu ketika,Lakhni'ah mengutus seseorang untuk membawa Zur'ah Zu Nuwas bin Tuban As'ad ,saudara Hassan kepadanya.Zur'ah masih kanak-kanak ketika Hassan dibunuh.Setelah itu dia meningkat dewasa menjadi seorang remaja tampan dan segak,berpewatakan menarik dan cerdas.Ketika utusan Lakhi'ah tiba dikediamnya,beliau mengerti maksud yang diinginkan oleh Lakhni'ah lantas beliau mengambil sebilah pisau kecil yang tajam lalu menyembunyikannya dibawah kasut.
          Kemudian beliau pergi menemui Lakhni'ah .Ketika berdua-duaan Lakhni'ah pun terus menindih Zur'ah maka dengan pantas Zur'ah Zu Nuwas menindihnya pula lalu menikamnya sehingga mati.Setelah itu beliau penggal kepala Lakhni'ah lalu diletakkannya pada lubang dinding.Beliau mengambil berus gigi dan meletakkannya pada mulutnya kemudian keluar menemui orang ramai.
          Ibnu Hisyam berkata;"Orang ramai terus melihat kearah lubang dinding,ternyata mereka melihat kepala Lakni'ah telah dipenggal.Kemudian mereka pun keluar untuk menjejaki Zu Nuwas sehingga berjaya mengejarnya.Mereka berkata kepadanya;"Tiada layak menjadi raja kami kecuali engkau kerana engkau telah berjaya menjauhkan kami dari si celaka(Lakhni'ah)".

 Raja Zu Nuwas
          Setelah itu,orang Himyar mengangkat Zur'ah Zu Nuwas sebagai Raja.Orang Himyar dan kabilah-kabilah Yaman bersatu dibawah kepimpinannya.Zu Nuwas adalah Raja terakhir orang Himyar dan dialah pelaku kes pembunuhan didalam parit(Ashabul Ukhdud).
Beliau menamakan dirinya Yusuf dan menjadi Raja selama beberapa tahun.

AGAMA NASRANI DI NAJRAN;
          Di Najran terdapat saki-baki pengikut agama Nabi Isa bin Maryam(a.s) yang tetap berpegang teguh dengan kitab Injil.Mereka adalah golongan yang dipandang mulia dan istiqamah dengan agama yang dianuti.
Mereka mempunyai pemimpin yang bernama Abdullah bin Ath-Thamir.Tempat asal agama tersebut adalah Najran kerana ia merupakan negeri Arab yang paling "Bersih" pada zaman itu.
          Penduduk Najran dan orang Arab pada mulanya adalah penyembah Berhala.Kemudian agama Nasrani masuk ke Najran disebabkan bahawa seorang lelaki dari saki-baki penganut agama Nasrani  yang bernama Faimiyun tinggal bersama mereka.Beliau telah menerapkan syariaat yang dibawanya sehingga mereka memeluk agamanya.

 

Sunday, December 2, 2012

RAJA HASSAN BIN TUBAN DAN PEMBUNUHAN YANG DILAKUKAN SAUDARANYA,AMRU (7)

Ketika anak Tubba',Hassan bin Tuban As'ad Abu Karib menjadi Raja,ia telah berjalan bersama orang Yaman untuk menguasai bumi Arab dan bukan Arab.Ketika mereka tiba disalah sebuah daerah di Iraq (Ibnu Hisyam berkata:lokasinya ialah di Bahrain sebagaimana disampaikan kepada ku oleh sebahagian ulama),maka orang Himyar dan para kabilah Yaman enggan meneruskan perjalanan bersama-samanya.Mereka ingin pulang semula ke negeri dan keluarga mereka.Mereka berbicara kepada saudara Hassan yang bernama Amru yang turut berada dalam pasukan.

       Mereka berkata kepada Amru;"Bunuhlah saudaramu Hassan nescaya kami mengangkatmua sebagai Raja kami,kemudian pulanglah bersama kami kenegeri asal."Amru menyetujuinya lalu mereka pun sepakat melaksanaka rancangan tersebut kecuali Zu Ruain- al Himyari.Beliau melarang Amru berbuat demikian namun saranannya tidak diterima oleh Amru.Lantaran itu Zu Ruain berkata;
       ketahuilah ,siapa yang mahu membeli jaga dengan tidur
       orang bahagia adalah orang yang dapat tidur dengan nyenyak
       Ada pun orang Himyar mereka telah berkhianat
       semoga Allah mengampuni Zu Ruain
Zu Ruain menulis bait syair diatas disecarik kertas dan mengesahkannya dengan cop ,kemudian memberikannya kepada Amru.Zu Ruain berkata kepada Amru ,"simpan tulisan ini ditempat mu!"Permintaan Zu Ruain dipenuhi Amru.
Setelah itu Amru membunuh saudaranya Hassan ,kemudian pulang ke Yaman beserta anak buahnya.

       PENYESALAN AMRU DAN KEMATIAN BELIAU
       Ibnu Ishaq berkata:"Ketika Amru bin Tuban As'ad tiba di Yaman ,beliau tidak dapat melelapkan mata dan sering berjaga malam.Tatkala beliau merasa semakin terseksa dengan situasi itu beliau meminta para tabib dan tukang tilik dari kalangan ahli nujum dan tabib yang mahir untuk mengubatinya .Salah seorang telah berkata kepadanya ;"Demi Allah !Tiada seorang pun yang membunuh saudaranya atau kaum keluarganya secara zalim sebagaimana yang engkau lakukan terhadap saudaramu,melainkan hilang rasa mengantuk dan sering berjaga malam.""Setelah perkataan tersebut disampaikan kepada Amru,beliau membunuh kesemua permuka-permuka Yaman yang telah menyarankannya membunuh saudaranya  Hassan.

       Kemudian beliau mencari penyelesaian kepada Zi Ruain,Zu Ruain berkata kepadanya:"Sesungguhnya aku pernah menitipkan sesuatu kepada mu".Amru berkata;"Apakah itu?Zu Ruain berkata;"Tulisan yang pernah aku berikan kepada mu ."Amru pun mengeluarkannya ternyata didalamnya terdapat dua bait syair.Setelah itu Zu Ruain meninggalkannya dan baru lah beliau sedar bahawa Zu Ruain pernah menasihatinya dahulu.Tidak lama kemudian Amru meninggal dunia ,persoalan orang Himyar pula bercampur aduk dan mereka menjadi berpuak-puak.